scrobble.life
← All reviews
Movie

NOOB FILM REVIEW - TIADA TAJUK by Mawi

Review by @nazirullsafry · 2481d · of Tiada Tajuk

BA1DD9D7-0C03-4F16-800B-92847C831BBC.jpeg

“Budak budak pergi mengaji, Pergi mengaji diwaktu hujan, Sudahkah engkau mengenal diri, Kau kata dah kenal tuhan?”

Wak Calit bercerita mengenai pengembaraan Abadi, Rumi dan Kuswadi dari perkampungan nelayan Kampung Laut Menyanyi, ke Kuala Lumpur memenuhi cita-cita sebagai artis, merintangi pelbagai ujian.

Wakil rakyat bersongkok hitam pergi haji tiga kali, dicium tangan dan badan oleh kaki pembodek yang juga bersongkok hitam.

Pemilik syarikat rakaman artis nasyid, diberi nama najis (Ustaz Muttawasitah) berserban hitam dahi berkopak, tapi sebenarnya untuk mendapatkan kontrak iklan produk-produk.

1796A0FB-F247-455A-97B8-D6B22D656388.jpeg

Artist terkenal bernama Suci menggunakan media sosial menjaga imej diri dengan menipu. Suci juga mengupah bomoh bersongkok hitam.

Bagi saya yang amat jelas pada filem ini adalah kritikan terhadap Melayu Islam.

Walaupun Melayu itu adalah satu bangsa yang terkenal dengan kesopanan dan kesantunan selama beratus-ratus tahun. Di campur pula dengan ajaran-ajaran Islam yang cukup lembut. Hybrid Melayu Islam sepatutnya menjadi sebagai salah satu prototaip manusia yang baik.

Namun setelah di jolok dengan kapitalisma dan politik memecah belah yang menuntut manusia menjadi tamak dan toksik selain dari bersatu, label Melayu dan Islam hanyalah sebagai label dalam kad pengenalan dan modal melaga-laga oleh politikus mencari majoriti.

Indahnya Islam walaupun hanya dari laungan azan yang merdu, bisa membawa seorang maksiat datang ke masjid. Satu babak yang sangat memorable.

Pada titik paling bawah ketiga-tiga karakter, Abadi merungkai maksud sebenar lagu ‘Bangau Oh Bangau’ iaitu situasi tidak akan berubah jika asyik mahu menyalahkan orang lain.

CE1A7369-756A-4BFB-A047-DB41D1A5C00D.jpeg

Pak Imam, Ustaz Halim dan Lobo pula berserban putih dan berihram dari mula hingga ke akhir.

Watak Lobo menarik perhatian saya kerana beliau tidak mahu menunaikan haji, tetapi hanya umrah. Beliau yang senantiasa berihram adalah simbol yang kita sepatutnya senantiasa kena berada dalam keadaan sebagai hamba Allah yang sebenar tanpa label dan tidak melabel. Bukan hanya bila di Mekah. Bukan hanya untuk mendapat ‘haji.’

DDCBA566-A240-44E0-BE06-B67B63070762.jpeg

Lobo adalah ‘moral kompas’ untuk Abadi, Kuswadi dan Rumi dimana beliau yang mencadangkan Nazar untuk berumrah dan memberi al-quran kecil yang menyelamatkan Abadi. Lobo juga selalu menjuruskan mereka dalam ilmu agama seperti bila beliau menjawap pertanyaan Abadi dengan perkataan “Mukjizat”.

Namun siapakah Wak Calit yang tahu segala-galanya tentang apa yang berlaku? Filem ini mungkin adalah mengenai perjalanan Mawi dari kampung beliau sehingga menjadi artis rakaman terkenal. Dan Wak Calit adalah Mawi. Walaupun buta, beliau boleh bermain layang-layang, menyidai kain bercerita tentang gambar beliau dipengakhiran filem. Ramai mata bisa melihat tapi mempunyai hati yang buta.

09328671-7F24-4933-A59D-F07E62CEBC59.jpeg

Wak Calit berkata dalam gambar tu beliau ada ditengah-tengah. Tetapi cuma ada 4 orang dalam gambar tu. ‘Tengah-tengah’ disini bermaksud Wak Calit adalah fokus cerita itu. Wak Calit adalah Mawi. Wak Calit juga adalah Abadi, Kuswadi dan Rumi.**

Tiada Tajuk?

Tiada Masalah...

Banyak filem ada tajuk gempak tapi isi kosong.

Mawi juga menggunakan template trio seperti Bujang Lapok dan Lang Buana untuk interaksi karakter yang luas tapi mencukupi.

Salah satu highlight pada 2019. Filem yang ditulis dan digarap Mawi selama 5 tahun sangat menunjukkan hasilnya. Kudos!

“ Yang sebenar: Sufism for Dummies...” - Pak Hassan Abd Muthalib

Thanks for dropping by! #teammalaysia @teammalaysia

Voted by
  • @qurator
  • @curie
  • @khimgoh
  • @nateaguila
  • @myach
  • @matt-a
  • @postpromoter
  • @goblinknackers
  • @team
  • @gregory-f
  • @june0620
  • @slobberchops
  • @tombstone
  • @pladozero
  • @redpalestino
  • @alvinauh
  • @ambyr00
  • @ibt-survival
  • @anttn
  • @gtpjfoodbank
  • @iptrucs
  • @paullifefit
  • @nazirullsafry
  • @wackou
and 220 others

Comments · 1

  • @teammalaysia(46)· 2480d

    You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

    To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

    Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness